20 May
Sunday
 
You are here: Home > Kenyataan Media > Presiden > Kuasa Autonomi : Tahniah UKM!

Kuasa Autonomi : Tahniah UKM!

Tahniah diucapkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diatas autonomi yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT). Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) menyokong sepenuhnya di atas penghormatan yang diberikan oleh pihak KPT.

Autonomi yang diberikan oleh pihak KPT sangat bermakna buat semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain Universiti Kebangsaan Malaysia terdapat juga empat IPTA yang disenaraikan dalam pemberian kuasa autonomi ini. Empat IPTA tersebut adalah Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, autonomi universiti adalah penurunan kuasa dalam membuat keputusan daripada pihak kementerian yang diturunkan kepada pihak universiti. Kuasa autonomi ini merangkumi empat bidang kuasa termasuk dari sudut urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik.

Meskipun, Unit Pengambilan Universiti yang diuruskan oleh KPT dalam urusan pengambilan pelajar buat sekian lama, kini tidak akan melibatkan lima IPTA yang diberi kuasa autonomi. IPTA tersebut diberi peluang dan kuasa dalam penyemakan kriteria, pemilihan dan pengumuman keputusan berdasarkan pilihan utama pelajar.

Peluang, kepercayaan sepenuhnya

“Universiti selalu berkata mereka tidak mencapai kecemerlangan kerana terdapat halangan serta kekangan dan disebabkan itu kuasa autonomi ini diberikan kepada mereka.” katanya.

ISIUKM berharap agar kuasa yang diberikan oleh pihak KPT kepada UKM dapat digunakan sepenuhnya dengan segala kepakaran yang ada. Begitupun, UKM perlu melaksanakan kepercayaan yang diberikan oleh pihak KPT dengan berlandaskan sistem intergriti yang tinggi. Hal ini perlu dipatuhi oleh setiap IPTA yang telah diberikan kuasa autonomi.

UKM juga bebas daripada cengkaman kementerian dalam membuat keputusan pemilihan kriteria pelajar. Hal ini akan berkuat kuasa pada sesi hadapan mulai september depan. Keputusan ini sangat bertepatan dengan konsep kebebasan akademik secara tidak langsung mengelak daripada dikongkong oleh pihak kementerian dalam aspek pengurusan.

Maka, ISIUKM juga berharap dengan pemberian kuasa autonomi ini dapat memenuhi kriteria universiti dalam membuat keputusan sendiri secara bijaksana. Semoga dengan kuasa autonomi yang diberikan ini dapat meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan UKM di persada antarabangsa selain menjana modal insan yang berguna serta berkualiti tinggi kepada negara.

“Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah”
“GAMIS, Inspirasi Anak Muda”

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
Presiden ISIUKM merangkap Setiausaha Agong GAMIS

Comment
Submit Comment

Isiukm's Channel
See MOre Videos
  • TubePress